TERKINI :

Thursday, January 7, 2016

Pas Kedah tak jalani hubungan politik

Muzakarah

ALOR SETAR - Pas Kedah konsisten dengan pendirian untuk tidak menjalinkan sebarang hubungan politik dengan Umno.

Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, keutamaan Pas adalah memperjuangkan dan mengetengahkan isu rakyat.

“Pas sekarang seperti mesin padi baharu di tengah bendang. Semua orang sedang memerhatikannya termasuk Institut Darul Ehsan (IDE). Segala gerak lenggok Pas jadi perhatian. Malah, Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman pun buat kajian pasal kerjasama Umno dengan Pas," katanya.

Menurutnya, kajian IDE lebih menjurus kepada hal dalaman Pas, bukan berkaitan kerjasama Pas dengan Umno.

“Saya berpandangan, pengkaji tidak perlu runsing dan gusar berkaitan hal dalaman Pas, biarlah kepimpinan Pas yang uruskan," katanya sinis ketika diminta mengulas kenyataan Mohammad Redzuan yang menyatakan kajian IDE mendapati Pas mungkin akan berpecah lagi jika idea kerjasama dengan Umno diteruskan.

Menurut Ahmad Fakhruddin, pihaknya tetap berpegang pada pendirian tiada hubungan politik dengan Umno.

"Jadi secara langsung, kajian itu tidak berkait dan munasabah di Kedah dan Malaysia, umumnya,” katanya.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Pas baru-baru ini membuat keputusan untuk kekal dengan keputusan lama iaitu tidak menyertai BN atau bersama Umno.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan kerjasama antara kedua-dua parti itu hanya dalam konteks Islam yang diperintah oleh ALLAH iaitu perkara kebaikan dan ketakwaan kepada ALLAH.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...