TERKINI :

Saturday, January 16, 2016

Operasi MBAS merobohkan gerai rakyat meniaga bawah jambatan "kecoh"

Peralatan MBAS dibakar

Peralatan MBAS dibakar

ALOR SETAR - Kerja-kerja merobohkan kedai yang dibina di bawah Jambatan Jalan Datuk Kumbar oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kecoh apabila peralatan yang digunakan dibakar individu tidak dikenali.

Ketua Bahagian Penguatkuasa MBAS, Saifullizam Othman berkata, ketika melakukan kerja-kerja itu bermula jam 9 pagi, pihaknya didatangi seorang lelaki berusia lingkungan 40 tahun dipercayai pemilik kedai berkenaan.

"Ketika itu, lelaki berkenaan cuba melakukan provokasi terhadap kakitangan MBAS sebelum berlaku pertengkaran.

"Namun selepas 30 minit, lelaki berkenaan ditenangkan kakitangan MBAS,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, selepas itu, pihaknya dikejutkan pula dengan tindakan individu tidak dikenali yang mencurah minyak petrol dari celah jambatan berkenaan.

"Tindakan itu menyebabkan peralatan memotong besi terbakar.

"Kebakaran itu berjaya dipadamkan dengan bantuan pihak bomba dan individu terlibat diserahkan kepada pihak polis kerana cubaan menghalang penjawat awam," katanya.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan pihaknya kerugian RM10,000.

Dalam pada itu, Saifullizam berkata, kerja-kerja merobohkan kedai di bawah jambatan itu dilakukan bagi menjamin keselamatan awam selain menceroboh tanah Plus.

"Kerja-kerja ini dilakukan berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan kerana menceroboh tanah kerajaan, membahayakan pengguna jalan raya dan struktur jambatan," katanya.

Katanya, sebelum melakukan kerja-kerja membersihkan kedai di bawah jambatan itu, pihaknya sudah memberi amaran secara lisan kelmarin dan notis bertulis pada bulan lepas kepada pihak berkenaan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...