TERKINI :

Monday, January 11, 2016

Nurul Izzah di kedudukan 108 wanita berpengaruh dunia

http://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2014/12/nurul-izzah_L_140415.jpg
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tersenarai di antara wanita paling berpengaruh di dunia menurut satu tinjuan yang dibuat oleh RichTopia.

Menerusi laman web http://powerfulwomen.co menyenaraikan Nurul Izzah dikedudukan ke 108 daripada 250 wanita berpengaruh dunia.

Menduduki tempat pertama ialah Hillay Clinton iaitu calon Presiden Amerika Syarikat bagi parti Demokrat, sementara tempat kedua ialah pengacara terkenal Oprah Winfrey dan tempat ketiga ialah penulis terkenal J.K Rowling manakala isteri Perdana Menteri Amerika Syarikat, Michelle Obama menduduki tempat ketujuh.

Dalam pada itu, seorang lagi wanita Malaysia yang turut tersenarai ialah Speaker Selangor Hannah Yeoh iaitu di tempat ke-177.

Menurut RichTopia tinjuan ini dibuat berdasarkan penglibatan wanita-wanita ini dalam aktiviti media sosial termasuk dalam rangkaian Twitter, Facebook, Youtube, Linkeld dan Instagram, ia juga dinilai berdasarkan tahap pengaruh mereka selain perilaku mereka yang unggul dan proaktif.

Senarai-senarai wanita ini diadili berdasarkan data yang diperolehi menerusi sumber klout, senara-senarai ini akan dikeluarkan setiap minggu berdasarkan undian menerusi data klout.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...