TERKINI :

Monday, January 4, 2016

Najib perlu berundur sebelum ahli UMNO hilang hormat

 Rushdan Mohamed
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya berundur sementara ahli UMNO masih manghormatinya.

Gesaan itu dibuat Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed, bagi membolehkan kepimpinan UMNO yang ada membaiki kerosakan di dalam parti.

“Jadilah insan yang berjiwa besar dalam erti kata yang sebenar wahai Datuk Seri Najib. Berundurlah sementara kami (ahli UMNO) semua masih ada sedikit rasa hormat pada Datuk Seri Najib. Jangan sampai semua ini hilang.

“Berundurlah segera, kami perlukan masa untuk membaiki segala kerosakan yang telah dilakukan (Najib) sebelum PRU 14,” Katanya kepada FMT pada Ahad.

Mengulas lanjut Rushdan berkata, selagi Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, lebih banyak kegagalan yang beliau akan lakukan, ditambah pula dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang gagal diselesaikan sehingga sekarang.

Malah katanya, jika Perdana Menteri tidak meletak jawatan sebelum PRU 14, UMNO akan ditolak secara total oleh rakyat.

“Saya yakin, kalau Datuk Seri Najib masih memegang jawatan.UMNO akan ditolak secara total dalam PRU 14. Usahkan mentadbir Putrajaya, silap-silap kerusi Pekan pun melayang.

“Saya percaya masih ada roh perjuangan dalam hati sebahagian kepimpinan UMNO terutamanya ketua-ketua Cawangan UMNO. Ayuhlah bangkitlah, kita kembalikan maruah UMNO yang telah tercemar,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...