TERKINI :

Sunday, January 17, 2016

Najib Perdana Menteri paling gagal – bekas ahli UMNO

Faiz Zainudin | January 17, 2016

Anina merujuk tindakan 1MDB menjual aset negara kepada syarikat luar demi menyelesaikan hutang selain peningkatan kos sara hidup yang membebankan rakyat

anina najib

PETALING JAYA: Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri paling gagal di dunia kerana menjual kepentingan negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB.

Katanya, Perdana Menteri yang baik tidak akan sanggup menjual harta negara kepada syarikat luar semata-mata bagi menyelamatkan sebuah syarikat.

Perdana Menteri yang baik, kata Anina, perlu sentiasa berusaha membangunkan ekonomi negara dan mencari jalan memyelesaikan hutang yang tidak perlu menjual aset negara kepada pihak luar.

Dia merujuk kepada penjualan loji janakuasa milik 1MDB, Edra Global Energy kepada China General Nuclear Power Corportion dan penjualan 60 peratus saham Bandar Malaysia kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH)-China Railway Engineering Corporation (CREC).

Konsortium IWH-CREC melibatkan pegangan kepentingan 60:40.

“Sekiranya Najib seorang ketua kerajaan yang baik beliau tidak akan menjual harta negara kepada orang asing sebaliknya memikirkan cara membangunkan negara yang diperintah,” katanya kepada FMT.

Dalam masa sama, Anina menasihatkan Najib supaya berhenti mengheret bapanya, bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak ke kancah kegagalan politik beliau.

“Pertama kali dalam sejarah saya melihat seorang Perdana Menteri yang paling gagal dalam sejarah negaranya berdiri di hadapan rakyat sambil menyatakan “saya bangga menjadi anak bapa saya dan setiap hari saya hidup untuk mengekalkan warisannya”.

“Ini sunguh tidak masuk akal saya dan 30 juta rakyat Malaysia yang lain. Persoalannya, kepada siapa Datuk Seri Najib hendak buktikan bahawa beliau berjaya seperti ayahandanya, Tun Abd Razak,” katanya.

Perdana Menteri tidak sepatutnya mengunakan alasan mencontohi ayahandanya sebagai cara memujuk hati rakyat, kerana 30 juta rakyat tidak akan memaafkan beliau susulan kegagalannya menyelesaikan isu 1MDB ditambah pula dengan peningkatan kos sara hidup.

“Bagaimanakah DS Najib boleh menangis pada hari memperingati pemergian Tun Razak sambil menyatakan setiap hari beliau hidup dengan mencontohi ayahandanya.

“Saya sama sekali tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa. Tetapi saya bercakap hari ini demi rakyat. Datuk Seri Najib perlu berhenti dari mengheret Allahyarham Tun Razak dalam kancah kegagalan politiknya pada hari ini.

“Ayahanda beliau jauh lebih mulia dan terhormat di hati rakyat dan wajahnya terpahat dalam kenangan indah sebuah negara berdaulat. Datuk Seri Najib langsung tidak mengikut jejak budi ayahandanya,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...