TERKINI :

Monday, January 11, 2016

Najib, jangan ingat penduduk kampung bodoh – Anina

anina-saadudin
PETALING JAYA: “Orang kampung bukan bodoh, mereka boleh bezakan antara ahli perniagaan dan pencuri,” tegas bekas ahli UMNO yang dipecat, Anina Saadudin.

Dia berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya memandang rendah rakyat di kawasan luar bandar dan menganggap mereka tidak berpelajaran serta mudah ditipu.

Anina merujuk kepada pelan penyelesaian hutang atau rasionalisasi hutang 1MDB yang diperjelaskan oleh Najib.

Katanya, Najib hanya menggunakan terma-terma perniagaan yang sukar difahami rakyat luar bandar ketika menerangkan pelan penyelesaian hutang itu semata-mata untuk menunjukkan ia nampak hebat di mata penduduk kampung.

“Tapi jangan fikir orang kampung tidak nampak apa yang yang dibuat oleh 1MDB yang telah menjual harta negara kepada syarikat luar,” katanya kepada FMT.


Anina berkata, Najib perlu ingat rakyat tidak membuat protes jalanan tidak bermakna rakyat tidak marah dengan kerajaan dan Perdana Menteri.

“Rakyat akan ambil BRIM yang diberikan kerajaan tetapi jika kerajaan BN tidak berubah, kita tunggu dan lihat apa yang rakyat akan balas balik kepada kerajaan pada pilihan raya nanti,” katanya.

1MDB dilaporkan telah menjual loji janakuasa elektrik miliknya Edra Global Energy kepada syarikat China, China Nuclear Power Corporation dan 60 peratus pegangan tanah di Bandar Malaysia kepada consortium IWH-CREC.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...