TERKINI :

Friday, January 15, 2016

Najib dan Tun Razak umpama bumi dengan langit, kata Timbalan Presiden Amanah

 Salahuddin Ayub
Ketika negara sedang mengenang 40 tahun pemergian Bapa Perpaduan Malaysia, Tun Razak Hussin, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menyifatkan Allahyarham dan anaknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 'ibarat bumi dengan langit'.

Tun Razak HusinSalahuddin ketika diminta mengulas mengenai program 40 tahun mengenang pemergian Tun Razak memperakui legasi bekas Perdana Menteri kedua itu disifatkan beliau sebagai sangat besar kepada negara.

"Tun Razak paling tidak pun telah dapat memberikan makna sebenarnya apa yang dikatakan pentadbiran yang berintegriti, ketelusan dalam urus tadbir negara dan hidup sederhana hingga keakhir hayat beliau.

"Isteri beliau Toh Puan Rahah dapat memcerminkan intergriti Tun Razak yang rakyat Malaysia hingga ke hari ini dapat memberikan testimoni bagaimana pasangan ini hidup sekadar kemampuan gaji dan elaun yang mereka terima," ujarnya.

Salahuddin menambah, walaupun sambutan 40 tahun pemergian Tun Razak diorkestrakan bagai gegak gempita di awan manakala Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur cuba dikeramatkan wataknya dalam upacara penuh nostalgia itu, namun secara jujur beliau menyifatkan Najib dan Tun Razak seperti bidalan peribahasa Melayu 'ibarat bumi dengan langit'.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...