TERKINI :

Friday, January 8, 2016

Najib bakal kembungkan poket orang ramai

 najib-bajet2016-revised
Akhirnya Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pindaan bagi Bajet 2016 dalam tempoh terdekat dalam satu majlis di Putrajaya pada 8 Januari 2016.

Kita sangat mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri itu kerana semua orang bimbang dengan keadaan ekonomi domestik.

Sana sini orang mengeluh mengenai saiz poket mereka yang dirasakan semakin mengecut akibat ketidaktentuan ekonomi ini.

Biasalah, apabila berlaku keadaan ini, anak dan menantu kepada arwah Tun Abdul Razak Hussein yang akan menjadi sasaran orang poket mengecil ini.

Kita harap Presiden UMNO ini janganlah marah kerana kejatuhan harga minyak dunia mendatangkan implikasi amat besar kepada pendapatan ramai orang, dan tentu mereka mencari tempat untuk meluahkan rasa.

Perkembangan itu diburukkan lagi dengan kejatuhan harga komoditi lain serta pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat.

Sudah tentu, orang marah, resah dan gelisah kerana bab duit adalah perkara yang amat sensitif kepada semua dan mahu kerajaan campur tangan selesaikannya.

Kita tengok, orang jadi takut untuk berbelanja lalu menjadikan mereka berhemah, sama seperti saranan Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet pertama tahun 2016.

Apabila orang belanja berhemah, perbelanjaan domestik jadi lemah dan perkara itu tidak bagus untuk kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Semua tahu bahawa kutipan GST sangat bergantung kepada aliran tunai yang dijana menerusi perbelanjaan domestik negara.

Justeru, pindaan Bajet 2016 daripada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Pertama diharap dapat memulihkan keyakinan orang untuk berbelanja, dan kerajaan dapat hasil, dan boleh dibelanjakan semula untuk manfaat orang ramai.

Pada masa sama, kita amatlah yakin orang yang poket makin mengecil ini ada peluang untuk mengembungkan poket mereka semula.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...