TERKINI :

Saturday, January 2, 2016

Mustahil berlaku PRU14 pada tahun 2016

bendera

SHAH ALAM – Kebarangkalian bagi berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun ini adalah mustahil, kata penganalisis politik.

Ini kerana menurut Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, kerajaan yang memegang mandat buat masa kini tidak mempunyai sebab untuk mempertaruhkan mandat tersebut.

"Pada pendapat saya, PRU tidak akan diadakan pada tahun ini. Bagaimanapun kita tahu bahawa kedua pembangkang dan kerajaan rancak mengatur strategi untuk menghadapi PRU," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan berlangsung pada tahun ini, Muhammad Shamshinor yang juga merupakan Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor berkata, kerajaan perlu memancing undi dengan menitikberatkan isu ekonomi yang sedang menghimpit kehidupan rakyat.

"Pihak yang mahu menang perlu pancing undi dengan menggunakan masalah ekonomi dan semasa yang dihadapi rakyat negeri Sarawak," katanya lagi.


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...