TERKINI :

Friday, January 22, 2016

Mukhriz tetap akan tersingkir – ZAM

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir tetap akan tersingkir walaupun beliau cuba mempertahankan kedudukannya.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ini kerana Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memperkukuhkan dirinya dengan apa cara sekalipun bagi mendapatkan kekuatan.

Beliau mendakwa, langkah itu adalah untuk melakukan pembersihan politik demi kepentingan diri Najib dan juga isterinya yang setia.

“Mukhriz mahu disingkirkan dari MB Kedah. Usaha ini sedang berjalan dengan sokongan dari PM Najib kerana gerakan tidak percaya pada Mukhriz ini dilakukan oleh orang-orang yang setia pada Najib dari sejak sekian lama.

“Bagaimanapun, hakikat yang tidak boleh dilupakan oleh rakyat Kedah bahawa mereka memberikan sokongan kepada BN dan menjatuhkan kerajaan PAS adalah kerana Mukhriz telah diwar-warkan sebagai bakal MB Kedah dalam pilihan raya lalu,” tulisnya menerusi entri terbaru di blog zamkata.blogspot.my.

Menurut Zainuddin lagi, rakyat Kedah tahu tentang apa yang dilakukan Mukhriz yang tidak lain mahu menghapuskan rasuah dan penyelewengan di bawah pimpinan terdahulu.

Katanya, Kedah sekarang bersih dari bermacam sampah dan keperluan rakyat biasa khususnya kepentingan orang Melayu diutamakan daripada memberikan projek-projek besar yang hanya mengisi tembolok beberapa orang sahaja. FMT

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...