TERKINI :

Wednesday, January 27, 2016

Mukhriz mangsa politik Najib, kata Dr Mahathir

 Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata menyingkirkan mana-mana pihak yang menegurnya adalah cara politik Datuk Seri Najib Razak.– Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Januari, 2016.
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa anaknya, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan mangsa politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir berkata, mana-mana pihak yang menegur Najib akan disingkirkan daripada Umno.

"Ini politik Datuk Seri Najib.

"Siapa yang tegur, dia kena buang, disingkirkan daripada Umno," katanya kepada pemberita selepas menghadiri "Maybank Foundation - Perdana Leadership Foundation Writing and Photo Contest 2015 Prize-Giving and Dinner" di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai dakwaan jawatan menteri besar Kedah bakal digantikan dalam masa terdekat ini.

Raptai istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri besar baharu Kedah akan diadakan hari ini di Istana Anak Bukit, lapor Utusan Malaysia.

Menurut sumber, persiapan untuk raptai itu dimulakan sejak semalam dan kemungkinan besar istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri besar akan diadakan pada esok atau selewat-lewatnya Jumaat.

Ini sekali gus menguatkan desas-desus penggantian jawatan menteri besar sedia ada di negeri itu.

Terdahulu hari ini, diaporkan kumpulan penentang yang mendesak pengunduran Mukhriz setakat ini masih belum menghadap Istana Kedah bagi mendapatkan perkenan menukar menteri besar.

Menteri besar Kedah itu yang berdepan asakan daripada kumpulan diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, spekulasi mengatakan pihak Istana sudah memberi perkenan adalah tidak benar sama sekali. – 27 Januari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mukhriz-mangsa-politik-najib-kata-dr-mahathir#sthash.C6dbazKg.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...