TERKINI :

Saturday, January 16, 2016

Mukhriz - KUIN cadang hentikan kursus kejuruteraan kerana tiada sambutan

ALOR SETAR: Kerajaan negeri sedang mengkaji cadangan untuk menghentikan kursus kejuruteraan di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini, kerana tidak mendapat sambutan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata cadangan itu terpaksa dipertimbangkan kerana kursus berkenaan membabitkan kos yang tinggi sedangkan bilangan penuntut sangat sedikit.

Ketika ini, seramai lapan pelajar sedang mengikuti kursus berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri juga mengadakan perbincangan dengan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) untuk menyerap semua penuntut jurusan kejuruteraan di KUIN jika cadangan itu dilaksanakan.

"Kita akan memuktamadkan dalam tempoh terdekat. (Kerajaan negeri) Bincang (juga) dengan UNIMAP berkemungkinan besar mereka akan serap penuntut mengikuti jurusan sama atau mengikut rundingan (yang dilakukan)," katanya

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran bekas tentera, Nasir Abas, 60, yang berlari dari Stadium Shah Alam, Selangor ke Stadium Darul Aman di sini, bulan lalu berikutan kelayakan pasukan Helang Merah ke Piala Malaysia di Kuala Kedah.

Mukhriz berkata, cadangan penamatan kursus kejuruteraan itu tidak menjejaskan KUIN kerana institusi itu lebih dikenali dengan jurusan berkaitan keagamaan.

"Kursus keagamaan adalah kekuatan kita... KUIN tersohor kerana itu sampai ke Universiti Al-Azhar... itu yang kita tekankan, " katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...