TERKINI :

Wednesday, January 27, 2016

Mahfuz: Jangan biar Darul Aman jadi 'Darul Mafia'

Memasuki hari ketujuh, krisis kepimpinan Menteri Besar Kedah belum berakhir dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpendapat cubaan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir melalui akuan bersumpah (SD) sama seperti aksi kumpulan mafia.

Kata bekas Naib Presiden PAS itu dalam senario politik semasa pihak yang berkenaan tidak wajar menerima SD sebagai alasan untuk mengetepikan Mukhriz.

Jika ia menjadi kenyataan, kata Mahfuz, keadaan itu hanya akan melakukan Kedah.

"Seluruh rakyat Kedah mesti berusaha menghalang rampasan kuasa ini.

"Jangan biarkan ada pihak bertindak mencalarkan nama baik Sultan Kedah serta merosakan nama baik negeri tercinta ini.

"Jangan nanti Kedah Darul Aman bertukar kepada Kedah Darul Mafia," katanya melalui kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kedah masih dilanda konflik kepimpinan selepas sebahagian daripada pemimpin Umno negeri itu menyatakan rasa tidak yakin kepada Mukhriz sebagai menteri besar dan ketua perhubungan parti.

Media juga melaporkan sebahagian besar daripada Adun BN di negeri itu sudah menandatangani SD untuk membuka jalan kepada proses penggantian menteri besar.

Ada kong kali kong

Mahfuz berkata, ketidaktentuan politik melanda Kedah berlaku dengan didalangi "Tok Dalang Seri Putrajaya".

Keadaan itu, katanya, berlaku apabila kepimpinan tertinggi Umno mahu menyingkirkan sesiapa saja yang dianggap musuh politik - termasuk dari kalangan ahli parti itu sendiri - yang dianggap tidak sehaluan atau mengkritik Datuk Seri Najib Razak.

"Pada saya, usaha rampasan kuasa politik secara tidak demokratik di Kedah menyumbang kepada krisis ekonomi yang lebih buruk terhadap Malaysia seluruhnya, dan mangsa sebenar adalah rakyat.

"Usaha pihak yang hendak merampas kuasa mengumpul SD untuk dipersembahkan ke bawah Duli Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk menjayakan rampasan kuasa ini tidak boleh diterima untuk membuktikan Mukhriz hilang sokongan majoriti Adun Umno," katanya.

Menurut pandangan Mahfuz, gerakan itu dibuat selepas "berlaku kong kali kong" sesama pemimpin Umno di Kedah.

"Pengakuan dibuat Datuk Maznah Hamid (Ketua Wanita Umno Kedah), Datuk Tajul Urus Mat Zain (Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya) dan Datuk Suraya Yaacob (Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan) cukup untuk membuktikan SD diperoleh bukan secara demokrastik.

"Ia ibarat SD diperoleh melalui pasaran gelap, atau dalam erti kata lain ditandatangani tanpa niat untuk hilang kepercayaan kepada Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

"Pada hemat saya, dengan senario politik yang saya sebutkan, SD tersebut tidak wajar diterima sebagai alasan untuk menyingkirkan Mukhriz oleh perampas yang bertindak seperti kumpulan mafia," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...