TERKINI :

Wednesday, January 13, 2016

Liga M : Kedah Mohon Tajaan Daripada Syed Mokhtar Al-Bukhary

PENDATANG baru Liga Super, Kedah dilapor memohon tajaan daripada jutawan kelahiran negeri itu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Pengurus skuad Helang Merah, Datuk Jeeffry Low Han Chow berkata, Persatuan bolasepak Kedah (KFA) telah membuat permohonan menerusi surat yang dihantar kepada tokoh korporat itu sebelum ini.

"Tetapi setakat ini kita belum mendapat sebarang jawapan daripada pihak Syed Mokhtar, cuma KFA berharap mungkin beliau dapat membantu mengisi kantung pasukan Kedah untuk musim ini.

" Selain itu kita turut mengalu-alukan pihak lain untuk menaja pasukan Kedah kerana pasukan lawan dalam Liga Super ketika ini mempunyai dana yang mencukupi untuk memberi saingan terbaik," jelas beliau kepada mStar Online.

Jeffery selain itu turut kecewa dengan khabar angin yang mendakwa Syed Mokhtar bakal menaja pasukan Kedah sebanyak RM35 juta seperti yang tersebar di laman sosial.

"Khabar angin itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial tanpa sebarang asas.

“Saya berharap siapa sahaja yang mahu menaja pasukan Kedah musim ini dapat melakukannya dengan ikhlas dan jujur demi sukan nombor satu rakyat ini," jelas beliau.

Selain itu, tambahnya, baki tiga pemain import yang belum melaporkan diri ialah Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva dan Carlos Kahe.

Ketiga-tiga mereka di jangka tiba pada hari Khamis ini (esok) bagi mengikuti latihan yang telag bermula sejak 2 Janurai lalu.

“Saya menjangka Sandro dan Kahe tiba di Kuala Lumpur pada Khamis dan terus ke Alor Setar pada hari sama dan Liridon akan tiba di Alor Setar pada 13 Januari iaitu hari ini bagi melangkapkan kota empat pemain import pasukan Kedah musim ini.

“Bang Seung Hwan telah tiba di Alor Setar pada 4 Januari lalu dan telah mengikuti latihan yang di sediakan oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe. Saya juga telah bersemuka dengan barisan pemain Kedah petang semalam setelah tamat latihan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...