TERKINI :

Saturday, January 16, 2016

Legasi Razak - satu rahmat atau sumpahan untuk Najib?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada tahun 2009 ketika BN yang berada di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi tercalar maruahnya selepas kehilangan majoriti dua pertiga buat kali pertama sejak 1969.

Tetapi Najib tampil dengan legasi bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, seorang pemimpin Melayu yang dihormati yang juga berkuasa ketika Umno pada kedudukan paling lemah, dan berjaya mengubah nasib parti itu.

Najib ketika itu mendapat sokongan daripada perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui bahawa beliau terhutang budi kepada Razak.

Walaupun legasi Razak adalah rahmat bagi kerjaya politik Najib, namun ia juga menjadi satu sumpahan untuk perdana menteri yang kini bergelut dengan pelbagai macam masalah dan skandal.

Di bawah pemerintahan Razak, parti komponen BN yang beliau satukan itu berjaya menjinakkan pembangkang dan mengangkat kedudukan Umno sebagai "abang", manakala Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dicetuskannya berjaya membantu ahli Umno bertapak dalam jentera ekonomi negara.

Sistem yang diterapkan oleh Razak berjaya membantu memulihkan kestabilan negara ini selepas pertumpahan darah Mei, 1969 dan meletakkan asas yang kukuh buat BN walaupun bukan tanpa masalah.

Hampir empat dekad kemudian, BN kini amat memerlukan pembaharuan, tetapi Najib mendapati dirinya terperangkap dengan egasi bapanya.

DEB cetusan Razak, meskipun berjaya meningkatkan ekonomi masyarakat Melayu taetapi pada masa sama mewujudkan budaya kroni dan sentiasa memerlukan bantuan serta perlindungan. Ini menjadikan mereka tidak lagi berdaya saing dalam pasaran bebas yang semakin teruk di bawah era penswastaan Dr Mahathir.

Najib sedar bahawa legasi bapanya memerlukan pembaharuan seiring dengan peredaran masa dan mencadangkan Model Ekonomi Baru (MEB) bagi meliberalisasikan ekonomi dan menghapuskan kuota berdasarkan etnik.

Walau bagaimanapun, kroni dan kumpulan yang dilahirkan melalui DEB tidak bersetuju dan sekeras-kerasnya menentang usaha-usaha pembaharuan Najib.

Kumpulan sayap kanan yang disokong oleh Mahathir melihat ini sebagai ancaman kepada ketuanan Melayu.

Akhirnya, Najib gagal untuk mempamerkan ketegasan bapanya kerana beliau sendiri goyah dan terpaksa tunduk.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...