TERKINI :

Tuesday, January 12, 2016

Khairy : Tak perlulah sampai merayu pada Pas

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan parti itu tidak perlu sampai hendak merayu kepada Pas untuk menerima Umno.

Katanya, Umno perlu bergerak dengan kekuatan sendiri tanpa bergantung kepada yang lain.

"Lemah sangat kita nak merayu (pada) orang (supaya) ambil kita.

"Kalau orang tak nak kerjasama dengan kita, tak perlulah kita merayu," katanya pada sidang media di sini selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno pertama pada tahun ini.

Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berharap pimpinan tertinggi Pas dapat mempertimbangkan semula pendirian Majlis Syura Ulamanya yang kekal dengan keputusan lama iaitu untuk tidak menyertai BN atau bersama Umno.

Syed Ali berkata Umno sememangnya ikhlas dalam perkara itu dan sepatutnya ia perlu diperhalusi terlebih dahulu melalui pertemuan atau perbincangan tidak rasmi sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh merugikan masa depan orang Melayu dan Islam.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Umno bersedia berbincang dengan Pas sekiranya ia melibatkan isu-isu besar yang memerlukan persetujuan kedua-dua parti politik Melayu terbesar itu.

"Tapi kalau nak merayu mereka supaya ambil kita sebagai kawan dan sebagainya, tak payahlah. 'We are not that desperate'," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...