TERKINI :

Tuesday, January 5, 2016

Kes anjing dalam troli, mana sensitiviti?


Lagi kes anjing dalam troli, mana sensitiviti?

SEKALI lagi rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama dikejutkan dengan perbuatan individu tidak sensitif dengan meletakkan haiwan peliharaan terutama anjing ke dalam troli milik pasar raya.

Semalam, sekeping foto yang menunjukkan seorang wanita menyorong sebuah troli yang diletakkan anjing di sebuah pasar raya menjadi viral.

Melalui laman Facebook Malaysian Respon Team, kejadian tersebut berlaku di sebuah pasar raya di Ipoh.

Orang ramai di laman sosial yang melihat foto tersebut menzahirkan kekecewaan dengan tindakan tersebut yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti sesetengah agama, terutamanya agama Islam.

"Sebab kedegilan seseorang, habis satu bangsa kena hentam. Habis semua troli kena samak. Buat menyusahkan orang. Tolonglah bertimbang rasa," kata Poyok.

Difahamkan, para pekerja pasar raya terbabit sudah membersihkan atau 'menyamak' kesemua troli milik mereka.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...