TERKINI :

Thursday, January 7, 2016

Kes Altantuya: Mahkamah hubungi Wisma Putra

http://cdn.asamboi.my/wp-content/uploads/2015/01/kes-altantuya.jpg
SHAH ALAM - Mahkamah akan menghubungi Wisma Putra untuk mengetahui status dokumen pindaan pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas polis, Sirul Azhar Umar berhubung saman RM100 juta yang difailkan oleh keluarga model Monggolia, Altantuya Shariibuu, lapan tahun lalu.

Peguam, Ram Karpal yang mewakili Shariibu Steve berkata, ia berikutan tiada sebarang perkembangan mengenainya sejak ia diserahkan pada Ogos lalu.

"Kita akan hubungi Wisma Putra untuk mengetahuinya," katanya selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Azlinda Mohd Sharif sebentar tadi.

Sirul kini berada dalam tahanan di Australia selepas melarikan diri sebelum Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya kerana bersalah membunuh model Monggolia tersebut.

Selain Sirul, bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri, bekas penganalisis politik, Razak Baginda dan Kerajaan turut dinamakan dalam saman tersebut.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...