TERKINI :

Thursday, January 7, 2016

Kerusi ahli majlis: PKR & DAP berkorban untuk AMANAH

JANATUL FIRDAUS YAACOB6 Januari 2016

http://assets.bharian.com.my/images/articles/06suhaimi.transformed.jpg
SHAH ALAM – Dalam pembahagian kuota kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor, PKR dan DAP telah bertolak ansur untuk menempatkan kerusi mereka kepada Parti Amanah Negara (Amanah).

Namun, Pas pula tidak tunduk kepada tuntutan Amanah dalam kuota pembahagian kerusi ahli majlis, sebaliknya menambahkan bilangan daripada 67 kepada lebih 70 ahli majlis.

Pertambahan ini susulan formula Pakatan Rakyat (PR) yang sepatutnya Pas mendapat satu per tiga daripada keseluruhan kerusi-kerusi ahli majlis, ketua kampung dan jawatan lain kerana parti Islam itu telah dikurangkan satu kerusi untuk posisi Exco.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei menjelaskan dalam pembahagian kuota ini, PKR dan DAP telah berkorban untuk Amanah.

"Kuota PKR menyusut daripada 120 kerusi kepada 101 untuk penggal baharu bermula 15 Januari 2016 dan berakhir 31 Disember 2017.

"Kita (PKR) bersetuju untuk bertolak ansur demi melicinkan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. Pastinya dalam proses perbincangan ini ada yang setuju dan sebaliknya namun akhirnya, kita dapat keputusan di mana Pas, DAP dan PKR mestilah meletakkan kepentingan kerajaan negeri di tempat utama," katanya ketika ditemui di pejabatnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Amanah dapat lapan kerusi PBT di Selangor]

Beliau yang juga Adun Seri Muda menegaskan bahawa proses ini bukan mengalah sebaliknya bertolak ansur demi kestabilan pentadbiran kerajaan negeri.

"Pas kekal dengan jumlah kerusi sedia ada dan bertambah tiga manakala PKR pula bertindak melepaskan banyak (19) kerusi kepada DAP, Pas dan juga Amanah.

"Proses untuk mendapatkan sesuatu akan membingitkan tetapi ia harus dihadapi. Pas dah kurang satu kerusi Exco, okey lah.. ada ruang untuk kita meluahkan perasaan tidak puas hati namun pada masa sama kita harus terima kelebihan dan kekurangan," katanya.

Ketua Penerangan PKR Selangor itu menjelaskan partinya terpaksa mengorbankan 19 kerusi milik mereka demi menyelesaikan konflik ini.

"Memang banyak tetapi jika itulah proses yang kita jalankan, dan jika itu harga yang perlu bayar...kita bayarlah.

"DAP pun ada juga berikan beberapa kerusi, jika ikutkan mereka pun mendapat satu per tiga daripada perjanjian terdahulu. Namun mereka juga bersedia bertolak ansur, ada beberapa kerusi yang diberikan kepada parti lain," katanya.

Beliau menjelaskan jalan terbaik untuk menamatkan kemelut ini ialah dengan meletakkan kepentingan kerajaan negeri di tempat teratas.

"Walaupun sebelum ini Pas agak keras tidak mahu beri kerusi namun kena bagi kredit kepada Pas sebab mereka juga ada melakukan tolak ansur untuk kebaikan kerajaan negeri.

"Dan sebelum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pagi tadi kita telah adakan perbincangan dan penilaian dengan semua parti terlibat misalnya berapa boleh bagi, berapa boleh tolak dan tambah, kurang serta kekal. Maka keputusannya lapan kerusi diberikan kepada Amanah," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...