TERKINI :

Sunday, January 17, 2016

Kepada PAS.. Jangan Emosional..Buat apa bertanding banyak kerusi kalau kalah semuanya?

Shahbudin Husin,

Mutakhir ini,  Pas bukan saja kerap mengatakan parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi dalam PRU 14 akan datang, malah juga nekad untuk meletakkan calon-calon di semua kerusi yang ditandingi oleh Amanah dan DAP.

Terbaru Ketua Dewan Ulama Pas, Mahfodz Mohamed mengulangi lagi perkara yang sama seolah-olah Amanah dan DAP sudah jadi musuh utama.

Tidak salah untuk Pas bertanding banyak mana kerusi pun, tapi insaflah bahawa matlamat bertanding ialah untuk menang, bukannya untuk melepaskan perasaan.

Buat apa bertanding banyak kerusi kalau kalah semuanya? Kenapa Pas jadi begitu emosional dan tidak rasional sedangkan musuh majoriti rakyat sekarang ialah puak pemerintah yang sedang berkuasa?

Dalam hal ini, siapa sebenarnya musuh Pas sekarang - Amanah dan DAP atau UMNO dan BN? Kenapa semakin jarang Pas menyebut nak lawan UMNO kebelakangan ini?
 
Ohhh...hak Pas rupanya untuk berkawan dengan UMNO! Namun, sejak bila pula Pas sedar adanya hak berkawan dengan UMNO itu sebahagian daripada perjuangan mereka?
 

Siapa sebenarnya yang banyak melakukan kerosakan kepada negara dan mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat selama ini? (SH 17/01/2016).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...