TERKINI :

Monday, January 4, 2016

Kekeliruan timbul mengenai tanda harga sebenar yang dibayar Sykt China kepada 1MDB

KINIBIZ l Beberapa hari selepas 1MDB mengumumkan bahawa ia telah menjual ekuitinya sebanyak 60 peratus projek pembangunan Bandar Malaysia seluas 486 ekar itu, beberapa kekeliruan kini timbul mengenai tanda harga sebenar yang dibayar.

Dokumen dari China Railway Group Ltd kepada pihak kawal selia, Bursa Saham Hong Kong (HKEx) yang dibuat pada jam 6:23 petang, 3 Januari lalu menyebut bahawa perjanjian penjualan saham pada harga RM5.28 bilion bagi mengambil-alih ekuiti 60 peratus dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd.

Ini adalah kira-kira 28 peratus lebih rendah daripada angka RM7.41 bilion yang diumumkan oleh 1MDB pada 31 Disember 2015 semasa pemteraian perjanjian itu.

China Railway Group melalui cabangnya di Malaysia adalah rakan kongsi 40 peratus dalam usaha sama yang memenangi bidaan bagi menguasai 60 peratus Bandar Malaysia.

Ia bekerjasama dengan Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang juga adalah perkongsian awam-swasta antara Credence Resource Sdn Bhd (60 peratus) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40 peratus) yang dimiliki oleh kerajaan negeri Johor.

Tidak jelas mengapa jumlah yang dinyatakan kepada HKEx adalah jauh lebih rendah daripada jumlah yang diumumkan oleh 1MDB pada 31 Disember 2015. Perbezaan itu mungkin berpunca daripada kata-kata yang digunakan dalam pengumuman masing-masing.

Menurut kenyataan 1MDB dikeluarkan pada 31 Dis 2015, RM7.41 bilion yang diumumkan adalah untuk usaha sama 60 peratus "saham tanah" dalam projek pembangunan Bandar Malaysia dan tidak jelas meletakkan angka RM7.41 bilion bagi pengambilan ekuiti dalam syarikat induk.

Sebaliknya, dokumen yang difailkan kepada HKEx menyatakan bahawa harga RM5.28 bilion adalah untuk 60 peratus ekuiti dalam syarikat induk bagi projek pembangunan Bandar Malaysia Sdn Bhd.

Bagi sebahagian daripada pembelian itu, China Railway mengumumkan kepada HKEx bahawa ia akan membayar RM2.64 bilion.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...