TERKINI :

Wednesday, January 13, 2016

‘Kabinet Malaysia dipenuhi lipas dan tikus’

Datuk-Mahfuz-Omar
PETALING JAYA: Kabinet Malaysia dipenuhi lipas dan tikut kerana gagal mengunjurkan bajet pada jangkaan penurunan harga minyak dunia sebenar.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, akibat daripada kelemahan ‘lipas dan tikus yang menggigit sabun cap kapak’ menyebabkan bajet tahunan yang dirangka untuk 2016 terpaksa disemak dan dibaiki semula.

“Malaysia hanya memiliki kabinet dapur yang dipenuhi dengan lipas dan tikus yang menggigit sabun cap kapak. Malaysia boleh, Malaysia habis.

“Kenapa kerajaan begitu lemah sewaktu merangka Bajet 2016 dengan bersandarkan pada harga minyak ASD48 satu tong, walhal dunia sedang menyaksikan penurunan harga minyak pada waktu itu dan sejak hujung tahun 2014 lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, adalah lebih baik jika Kerajaan Persekutuan membuat unjuran pada harga yang lebih rendah kerana jika harga minyak dunia naik pada paras harga melebihi harga unjuran, maka ia adalah bonus buat negara.

“Inilah ‘Malaysia Boleh’ yang mempunyai jumlah anggota kabinet melebihi negara maju yang mempunyai penduduk yang jumlahnya jauh lebih besar daripada Malaysia.

“Bila Bajet 2016 disemak semula, kerajaan telah memberi alasan ini disebabkan oleh faktor luaran iaitu kejatuhan harga minyak dunia. Sepatutnya jika kerajaan daripada awal dapat membaca trend penurunan harga minyak maka, tiadalah keperluan untuk semak semula bajet 2016,” tegasnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...