TERKINI :

Tuesday, January 12, 2016

Jangan taat setia pada sikap buruk Najib – GKCM

PETALING JAYA: Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menggesa akar umbi supaya mengenepikan taat setia kepada Datuk Seri Najib Razak selaku presiden parti lantaran kerosakan yang telah dilakukan beliau.

Ketua GKCM Pulau Pinang, Mohd Halim Saad berkata Najib mengambil kesempatan di atas ketaatan dan kesetiaan ahli kepadanya dan bermaharajalela.

“Pemimpin UMNO perlu sedar, bahawa kita sudah tidak mempunyai banyak masa untuk membaiki kerosakan yang telah dilakukan oleh Najib.

“Presiden telah langgar imej seorang pemimpin yang disanjungi oleh rakyat jelata dan ini menjarakkan lagi hubungan dengan rakyat dan membawa kesan yang amat buruk buat UMNO,” katanya, dalam satu video 5.26 minit yang dimuat naik di dinturtle.blogspot.my .

Halim turut meminta pimpinan parti supaya membuat pungutan suara dalam kalangan akar umbi bagi menguji kesahihan dakwaan Najib yang dikatakan mendapat sokongan penuh lebih 3 juta ahli.

“Kami (GKCM) berpendapat bahawa kita (UMNO) perlu mengenepikan amalan dan kepercayaan lama yang menganggap bahawa pemimpin perlu ditaat setia.

“Apa dia (Najib) nak buat kita ikut sahaja. Kita tak mahu macam itu kerana yang melantik presiden adalah daripada akar umbi sendiri,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...