TERKINI :

Friday, January 22, 2016

Jamil Khir - Kami hanya lapor, PM akan tentukan nasib Mukhriz

KUALA LUMPUR - Umno Kedah berhak menyatakan pendirian termasuk mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagaimanapun berkata, keputusan untuk menentukan nasib Mukhriz terletak kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi Umno.

"Kami hanya melaporkan (kelemahan prestasi Mukhriz) namun segala-galanya (keputusan) itu terserah kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukannya," katanya kepada sumber Sinar Online, di Pusat Dagangan Dunai Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Terdahulu, Najib menghadiri pertemuan tertutup bersama 14 Ketua Umno Bahagian, ketua sayap, Adun dan Ahli Parlimen Kedah di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, di sini, hari ini.

Perjumpaan tergempar itu susulan tindakan Umno Kedah melalui Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz dalam satu sidang media di Alor Setar, Kedah, pada Rabu lalu.

Sidang media itu mendesak Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Kedah yang menurutnya dilihat gagal menggerakkan jentera Umno serta menjana ekonomi negeri.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...