TERKINI :

Tuesday, January 12, 2016

Isu lebih penting ialah sama ada PAS bersama-sama UMNO atau pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Dr-Dzulkefly-Ahma,pas
PETALING JAYA: PAS perlu menyatakan pendirian untuk meneruskan matlamat menumbangkan kerajaan UMNO/ Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendirian itu lebih penting berbanding menyatakan berapa banyak kerusi yang parti itu mahu bertanding.

Katanya, AMANAH tidak kisah mengenai kerusi selagi parti Islam itu menitikberatkan kepentingan dasar-dasar rakyat dan mempunyai matlamat untuk menumbangkan UMNO.

“Betul, PAS ada perbezaan dengan Pakatan Harapan, tetapi selama tujuan dan matlamat untuk menumbangkan BN, tiada masalah.

“Jangan sampai PAS silap perhitungan. Dia (PAS) kena fikir nak bersama UMNO atau pembangkang (Pakatan Harapan).

“Kalau nak bertanding semua tak apa. Pada kami itu prinsip. Tak timbul isu tiga penjuru kerana prinsip PAS itu perlu jelas dan jangan dolak dalih,” katanya kepada FMT.

Dr Dzulkefly berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu tidak akan menyerahkan kerusi termasuk kepada sekutu dalam pilihan raya akan datang.

Mengulas lanjut, Dr Dzukefly berkata matlamat yang seharusnya perlu ada dalam parti pembangkang adalah untuk menumbangkan kerajaan BN/UMNO yang telah menyalahgunaka kuasa mereka.

“UMNO dan BN dilihat mula tertekan apabila memainkan isu-isu perkauman dan pertentangan agama bagi menutup segala kecacatan dan kepincangan tadbir urus ekonomi negara.

“Dengan itu kami mahukan semua parti-parti pembangkang untuk bersama,” ujarnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...