TERKINI :

Friday, January 15, 2016

IS secara rasmi mengaku serang Jakarta

KAHERAH: Militan IS secara rasmi mengaku bertanggungjawab atas serangan di Jakarta awal hari ini yang mengorbankan tujuh orang, lima daripadanya penyerang. 

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata: "Sekumpulan tentera khalifah di Indonesia menyasarkan pakatan tentera salib yang memerangi IS di Jakarta, meletakkan beberapa peranti letupan yang meletup ketika empat tentera (IS) menyerang menggunakan senjata ringan dan tali pinggang bom."

Kenyataan IS itu menyebut 15 orang maut dalam kejadian itu, namun kiraan rasmi dikeluarkan kerajaan Indonesia adalah tujuh. Satu agensi berita sekutu IS terdahulu melaporkan kumpulan militan itu bertanggungjawab atas serangan terbabit. Dalam perkembangan berkaitan, dakwaan serangan itu turut dikongsi dalam laman Twitter militan hari ini. 

Kumpulan Perisikan berpusat di Amerika Syarikat, SITE berkata ia juga diedarkan di kalangan kumpulan pro-IS dalam aplikasi mesej Telegram. Mesej itu berkata, penyerang menjalankan serangan di Jakarta dan meletakkan beberapa bom dengan peranti masa. 


Ia bagaimanapun berbeza dengan kenyataan polis Indonesia dan jumlah penyerang, mengatakan mereka berempat memakai tali pinggang bom dan membawa senjata ringan. 

Kenyataan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan The Associated Press walaupun ia menyamai dakwaan terdahulu dibuat kumpulan militan itu yang kini menguasai sebahagian besar kawasan di Iraq dan Syria. - Reuters/AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/114477

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...