TERKINI :

Tuesday, January 5, 2016

Imigresen KEDAH tahan 22 Pati Indonesia & Myammar disekitar Kuala Nerang & Padang Terap

Imigresen Malaysia

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan 22 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia dan Myanmar dalam Op Sapu yang dijalankan sekitar Kuala Nerang dan Padang Terap, awal pagi ini.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, dalam operasi yang dijalankan pada pukul 1.45 pagi itu, pemeriksaan telah dijalankan di rumah sewa, rumah kongsi dan kem motivasi sekitar Kuala Nerang dan Padang Terap.

"Hasil pemeriksaan seramai lapan lelaki Myanmar dan 13 lelaki serta seorang wanita Indonesia berumur antara 23 hingga 52 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan dan ada antara mereka yang tinggal lebih masa.

"Pemeriksaan yang dijalankan di sebuah kem motivasi Kampung Genting Palas, Kuala Nerang telah menahan lima daripada 13 lelaki Indonesia yang mendiami kem tersebut secara haram hampir dua bulan tanpa pengetahuan pemilik kem," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Yusri berkata, semua yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen

Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik. - Bernama


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...