TERKINI :

Wednesday, January 13, 2016

Imej polis sudah tercalar – KPN

IGP-Khalid2
KUALA LUMPUR: Pembabitan tiga anggota polis dalam kejadian culik seorang wanita di Kampung Silam, Lahad Datu baru-baru ini menjejaskan kredibiliti pasukan polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan tiga anggota polis itu mencalar imej polis.

“Iya, sedikit sebanyak. Tetapi bilangan kami ramai, kami dalam pasukan yang besar dan dalam itu, pasti ada ‘epal busuk’.

“Sudah menjadi tanggungjawab Jabatan Integriti untuk hapuskan ‘buah-buah epal yang busuk’ daripada pasukan ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Khalid menegaskan pihaknya tidak akan melindungi sesiapa pun termasuk anggotanya sendiri jika melanggar undang-undang.

“Baik dia anggota polis, atau sesiapa jika dia melakukan kesalahan, tindakan akan diambil kepada sesiapa yang melakukan jenayah.

“Tuduhan yang kata kita tidak ambil tindakan ke atas anggota kita tidak benar,” jelasnya.

Hasil siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Sabah mendapati dua daripada tiga anggota polis terbabit bertugas sebagai anggota Pasukan Gerakan Am di Lahad Datu dan seorang lagi bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...