TERKINI :

Monday, January 18, 2016

Hentikan Keganasan Dunia Dan Hentikan Sebaran Islam Anti Keamanan

Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2015/01/mahfuz.jpg 

1. Pengeboman di Jakarta tempohari adalah satu tragedi yang tidak bertamadun. Peristiwa ini berlaku hanya selepas dua hari peristiwa pengeboman di Istanbul. Saya mengutuk keras atas tindakan tidak bertamadun ini yang bertentangan daripada arus syariah Islam dan berlawanan dengan budaya serta kewarasan akal manusia sejagat.

2. IS dikaitkan dalam kedua-dua peristiwa ini, pada hemat saya sekiranya benar IS yang bertanggungjawab maka sudah jelas bahawa mereka ini tidak mewakili kumpulan atau mana-mana gerakan Islam kerana tindakan mereka ini tidak menuruti cara Islam.bMenjadi tanggungjawab umat Islam dan kumpulan umat Islam manjauhi diri daripada dipengaruhi dan diresapi pemikiran IS.

3. Menjadi satu tanda Tanya kenapa IS dikatakan mula melaksanakan agenda-agendanya di Negara-Negara umat Islam? Sekiranya mereka (IS) ini benar sebagai kumpulan Islam, sesuatu yang sangat pelik dan menimbulkan persoalan kenapa mereka memusnahkan sesama Islam dan membunuh manusia yang tidak berdosa?

4. Saya agak gusar elemen IS yang berlaku ini, di samping kejadian-kejadian tidak bertamadun berlaku di Syria dan Iraq. Kegusaran saya ialah sekiranya ada pihak tertentu mengambil kesempatan di atas kejadian ini, iaitu mereka yang berkepentingan seperti CIA, Mossad mahupun KGB. Perlu kita ingat bersama bahawa mereka yang berkepentingan ini mempunyai kebolehan untuk merekacipta ‘kumpulan kumpulan baru’ seperti Taliban yang jelas di tubuhkan oleh CIA satu ketika dahulu.

5. Maka dalam isu dan konflik yang semakin membarah ini, umat Islam perlu berhati-hati dalam menghadapi dua kemungkinan iaitu IS dan kuasa berkepentingan itu sendiri. Umat Islam dan masyarakat antarabangsa sewajarnya mengerakkan kempen penolakan kita kepada kedua-duanya.

6. Sekali lagi saya merakamkan ucapan takziah dan sedih kepada keluarga-keluarga mangsa pengeboman di Jakarta dan Istanbul serta kerajaan Indonesia dan Turki. Moga Allah akan menyelamatkan kita semua dan memberikan kefahaman, penghayatan dan menyempurnakan penyebaran mesej Islam sebagai agama keamanan.

"ISLAM RAHMAT UNTUK SEMUA"

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
16 Januari 2016/6 Rabiulakhir 1437H

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...