TERKINI :

Thursday, January 28, 2016

GST hanya selamatkan Putrajaya daripada muflis, bukan ekonomi

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, beliau kesal GST masih diteruskan walaupun sudah jelas ia membebankan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Januari, 2016.
Kerajaan Pulau Pinang hari ini menyuarakan kekesalannya kerana Putrajaya tidak membuat sebarang usaha membatalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan sebaliknya memuji ia sebagai penyelamat negara.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau tidak memahami bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh menggunakan cukai tersebut sebagai sebab penjawat awam masih menerima gaji mereka.

"Beliau masih cuba mempertahankan GST. Cukai ini tidak menyelamatkan Malaysia, tetapi mungkin ia menyelamatkan kerajaan persekutuan daripada muflis.

"Ia membebankan rakyat, membuatkan kurang menyimpan dan berbelanja. Semua ini disebabkan salah urus ekonomi kita. Itulah sebabnya kenapa mereka perlukan GST," katanya di pejabatnya di Pulau Pinang, hari ini.

Lim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib semasa mengumumkan belanjawan negara yang diubahsuai untuk 2016. – 28 Januari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/guan-eng-kata-gst-selamatkan-putrajaya-daripada-muflis-bukan-ekonomi#sthash.7B7kejNR.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...