TERKINI :

Monday, January 11, 2016

Firma dedahkan lebih ramai bimbang hilang pekerjaan pada 2015

Kaji selidik Randstad Workmonitor mendapati 13% pekerja Malaysia bimbang tentang keselamatan kerja mereka pada 2015, berbanding 6% pada tahun sebelumnya, kata Pengurus Randstad Malaysia Ryan Carroll. – Gambar fail Reuters, 11 Januari, 2016.

Bilangan profesional warga Malaysia yang bimbang kehilangan pekerjaan mereka mencatatkan peningkatan 2 kali ganda sejak 2014, namun tenaga kerja tempatan tetap yakin dengan pasaran kerja ketika ini manakala kepuasan kerja semakin meningkat, kata firma pekerjaan Ranstad.

Kaji selidik Randstad Workmonitor mendapati 13% pekerja Malaysia bimbang tentang keselamatan kerja mereka pada 2015, berbanding 6% pada tahun sebelumnya.

Pengurus Randstad Malaysia Ryan Carroll berkata ini mungkin disebabkan jangkaan kelembapan ekonomi Malaysia, akibat daripada pengurangan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Walaupun begitu, 74% pekerja yang disoal selidik berkata, mereka dijangka mencari pekerjaan yang setanding dalam tempoh 6 bulan.

Keyakinan ini bagaimanapun dinyatakan mengikut umur, dengan golongan profesional dalam lingkungan antara 25 dan 34 tahun yang paling yakin dengan jaminan kerja (80%), berbanding 56% di kalangan mereka yang berumur antara 55 hingga 64 tahun.

Kepuasan kerja juga meningkat sebanyak 4% setiap tahun, dengan 75% pekerja berkata mereka berpuas hati dengan kerja mereka pada 2015.

Industri pembuatan kimia menjadi bidang yang paling menjadi tumpuan, dengan 88% pekerja menyatakan tahap kepuasan tinggi terhadap kerja mereka, menurut Ranstad.

"Malaysia meningkatkan keupayaannya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran dalam industri sains hayat dalam usaha untuk mengembangkan sektor itu sebagai hab bagi rantau Asia Pasifik," kata Carroll dalam satu kenyataan hari ini.

"Usaha majikan dalam menarik dan mengekalkan bakat terbaik dalam industri ini boleh dikaitkan dengan tahap kepuasan yang tinggi."

Randstad berkata walaupun pertumbuhan menurun, Malaysia mungkin akan memperlihatkan purata pertumbuhan KDNK sebanyak 5% setiap tahun daripada 2015 hingga 2017.

a berkata aktiviti ekonomi dipacu permintaan dalam negeri dan penggunaan peribadi yang disokong peningkatan pendapatan dan suasana pekerjaan.

Pelaburan disokong perbelanjaan pihak swasta dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan serta perbelanjaan berkaitan infrastruktur awam, katanya.

"Pandangan positif bagi pasaran kerja Malaysia ini digambarkan menerusi peratusan mereka yang bertukar kerja dalam tempoh 6 bulan lalu.

"Sejumlah 43% pekerja Malaysia bertukar kerja dalam separuh kedua 2015, berbanding dengan Hong Kong (35%) dan Singapura (26%).

"Menurut keputusan Workmonitor kami, peratusan tertinggi pertukaran kerja dilihat dalam industri pengangkutan (67%) dan pembuatan produk makanan (63%)," kata Carroll.

Ditubuhkan di Belanda pada 2003, Ranstad Workmonitor melakukan kajian terhadap sekurang-kurangnya 400 pekerja berumur 18 hingga 65 tahun setiap negara, dan ia diterbitkan 4 kali setahun. – 11 Januari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lebih-ramai-pekerja-bimbang-hilang-kerja-pada-2015-dedah-firma#sthash.pr6kQk63.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...