TERKINI :

Wednesday, January 13, 2016

Ekonomi jatuh: Kumpulan Najib jangan cuci tangan

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/RAFIZI_RAMLI_1MDB_191114_TMIAFIF_005.jpg
SHAH ALAM - Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sewajarnya cuci tangan dengan menyalahkan faktor luaran khususnya kejatuhan harga minyak dunia yang mempengaruhi ekonomi negara.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata prestasi ekonomi negara sebenarnya berada dalam kawalan kerajaan Umno-BN susulan setiap keputusan yang memberikan keuntungan atau kerugian kepada negara dibuat oleh pentadbiran Najib dan setiap Perdana Menteri sebelum itu.

“Bagi negara yang ada kekayaan minyak, masa kaya, wang itu perlu disimpan dengan baik untuk menghadapi harga jatuh. Ketika harga minyak naik selama 11 tahun lalu, dia (Najib) telah berbelanja dengan boros wang yang sepatutnya digunakan untuk berhadapan masa susah.

“Bila harga minyak jatuh, mereka tak boleh nak ubah keborosan itu, jadi terpaksa menyusahkan rakyat dengan mengenakan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan menaikkan harga barang dengan memotong subsidi,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri kelmarin bahawa faktor-faktor luaran yang di luar kawalan akan mempengaruhi ekonomi negara dan ia bukan kesilapan atau kelemahan negara.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata faktor-faktor itu adalah seperti harga minyak dunia, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi China.

Mengulas lanjut, Rafizi selaku Ahli Parlimen Pandan juga berkata, pentadbiran Najib juga didakwa menghapuskan pemberian subdisi sejak 2010 ketika harga minyak dunia melambung tinggi.

“Sekarang dia (Najib) nak bagi alasan, rakyat susah kerana subsidi dihapuskan, perkenalkan GST, semua ini kononnya keadaan di luar (negara) teruk dan harga minyak jatuh.

“Tahun 2010 harga minyak naik mendadak, masa itu Malaysia kaya, (tapi) dia hapus subsidi juga,” katanya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...