TERKINI :

Sunday, January 24, 2016

Demo TPPA - Pembangkang biarkan harapan rakyat terbenam dengan ego parti masing-masing

Pembangkang biarkan harapan rakyat terbenam

tppa-rally-2
Perhimpunan bagi membantah negara ini daripada menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh pembangkang yang diadakan di ibu negara pada Sabtu dianggap tidak berkesan.

Perhimpunan yang diadakan sekitar jam 2 petang itu hanya mampu mengumpul kira-kira 5,000 orang peserta dengan kira-kira 80 peratus yang hadir adalah ahli PAS yang memakai baju warna hijau, bukannya warna hitam sebagaimana warna rasmi yang dipilih untuk perhimpunan tersebut.

PAS sekurang-kurangnya telah menunjukkan kematangan dengan bersetuju untuk duduk bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pemimpin-pemimpin NGO lain di Padang Merbok walaupun mesej yang ingin disampaikan tidak ke mana.

Hampir semua isu yang dibawakan dalam perhimpunan itu menunjukkan bahawa TPPA yang disertai 12 buah negara boleh membawa kepada kenaikan harga ubat-ubatan dan perkara-perkara lain manakala PAS memilih untuk memberikan tumpuan kepada isu tempatan.

Pemimpin PAS mendakwa (Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dilaporkan berkata) TPPA akan menyebabkan kawalan ekonomi kepada Cina dan disebabkan itu DAP menyokong perjanjian itu.

Sementara itu, dalam perhimpunan hari ini, penyokong PAS turut mengejek serpihan ahli PAS yang menyertai parti AMANAH, lebih daripada sekali.

Presiden AMANAH pula, Mohamad Sabu memberi ucapan di hadapan 500 peserta himpunan yang terdiri daripada pelajar, ahli-ahli Parti Siosialis Malaysia (PSM) dan orang awam termasuk Pemantau Pilihan Raya Bersih 2.0 yang diketuai Maria Chin Abdullah di Jalan Parlimen iaitu kira-kira 500 meter dari Padang Merbok.

Di Padang Merbok pula, Pemimpin PAS yang hadir diketuai oleh Timbalan Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen turut kelihatan pada perhimpunan berkenaan.

Parti DAP pula hanya diwakili Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan bekas EXCO Selangor Ronnie Liu.

Pemimpin DAP lain termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Setiausaha Publisiti Kebangsaan, Tony Pua dan pemimpin veteran, Lim Kit Siang bukan sahaja tidak hadir malah jarang bercakap mengenai TPPA yang menjadi salah satu isu paling hangat di negara ini lebih setahun lalu.

Dan pada Selasa ini, kumpulan itu mahu menganjurkan satu lagi perhimpunan di Parlimen yang merupakan tempat khas Ahli Parlimen sebelum mengesahkan perjanjian itu.

Dengan melihat Pakatan Harapan yang lemah dalam mengutuk perjanjian itu mungkin boleh disimpulkan bahawa perbahasan di Parlimen minggu depan tidak akan menghalang rancangan kerajaan untuk melaksanakan perjanjian tersebut.

Dan dalam hal ini, sekali lagi pembangkang telah membiarkan harapan rakyat terbenam.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...