TERKINI :

Wednesday, January 20, 2016

Datuk Vida jelas kenapa nak duduk kerusi pemain simpanan

Datuk Vida

DATUK Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida mengatakan tujuan beliau meminta untuk duduk dikerusi pemain Kelantan adalah kerana ingin menyuntik semangat pemain itu ketika mereka berada disaat-saat genting.

Ujarnya, dengan cara itu ia akan lebih memberi makna kepada pemain, selain ingin menzahirkan perasaan ambil berat terhadap pemain-pemainnya.

"Kalau saya buat sesuatu, saya buat dengan jiwa saya, hendak suntik semangat saat genting, saya perlu dekat dengan pemain, saya perlu bersama mereka disaat itu, 'my' sayang-sayang pemain sedang berjuang," tulisnya di Instragamnya hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan Dr Vida meminta untuk dilantik sebagai pengurus eksekutif untuk skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), bermula musim ini.

Dr Vida ketika mengesahkannya berkata, ia bagi membolehkan dia dapat berinteraksi dengan lebih dekat bersama seluruh pemain pasukan Kelantan itu.

Katanya, jawatan berkenaan itu adalah kali pertama diwujudkan dalam pasukan yang sebelum ini terkenal dengan panggilan The Red Warriors (TRW) itu.

"Apabila saya dilantik sebagai pengurus eksekutif, saya boleh berada di kerusi pemain simpanan bersama Ketua Jurulatih Kelantan, K Devan sepanjang perlawanan Liga M diadakan musim ini.

"Saya tidak mahu berada di kerusi jemputan khas kerana agak jauh berbanding dengan kerusi di sebelah padang. Jawatan itu belum ada sebelum ini dan akan diwujudkan. "Ia tidak bermaksud saya mahu mencampuri pengurusan pemain, sebaliknya saya hanya mahu di hadapan bersama pemain setiap kali ada perlawanan," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...