TERKINI :

Monday, January 18, 2016

Datuk Vida bengang dengan KAFA?

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dikatakan bengang dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang mahu mengekalkan penggunaan jersi tradisi skuad itu.

Beliau yang merupakan penaja utama pasukan The Red Warriors (TRW) tidak bersetuju jersi idamannya yang menggunakan warna merah jambu sekadar digunakan sebagai jersi ketiga pasukan itu.

“Saya tidak setuju jersi utama kekal menggunakan warna tradisi Kelantan iaitu warna merah dan biru putih seperti yang diumumkan pada Sabtu.

“Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah,” katanya seperti dilapor mStar Online.

Pengasas produk jenama Qu Puteh itu yang lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan tertinggi KAFA berhubung perkara itu.

Katanya, dalam perbincangan itu beliau turut membawa bersama peguamnya.

“Saya tak peduli, Nike ke Adidas ke yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena dapatkan hak saya sebagai penaja utama.

“Saya harap ia akan diselesaikan minggu depan. Setakat ini masih belum ada kata putus daripada KAFA mengenai perkara ini,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...