TERKINI :

Friday, January 15, 2016

Dah kerja mengasuh bayi buatlah cara kerja tu elok-elok dok dera bayi tu buat apanya...

Dera: Bayi tiga bulan alami pendarahan selaput otak

Bayi

ALOR SETAR - Pemeriksaan imbasan CT Scan terhadap bayi yang dipercayai didera di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak di Jitra Isnin lepas mendapati terdapat pendarahan di bahagian selaput otak bayi berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata bagaimanapun pakar yang merawat bayi berkenaan masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar pendarahan yang berlaku.

"Bayi tersebut kini di bawah jagaan rapi pakar pediatrik dan pakar neurosurgery," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian Isnin lepas, bayi berusia tiga bulan itu mengalami pendarahan dalam kepala dipercayai diabai pengasuh di taska berkenaan sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira 2.40 petang.

Bapa bayi itu Ashraf Abdullah, 35, pensyarah di sebuah universiti awam, mendapati anak bongsu daripada tiga beradik itu dalam keadaan lemah selain terdapat kesan lebam pada dagu kiri dan kepala. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...