TERKINI :

Wednesday, January 27, 2016

CPI 2015: Rasuah disifatkan kian memburuk di bawah Najib

Transparency-International-(TI)
KUALA LUMPUR: Pelbagai inisiatif dan institusi diwujudkan untuk mengurangkan kadar rasuah di negara ini, namun mengapa masalah itu seperti kian memburuk di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak?

Itulah persoalan yang dilontarkan bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof terhadap Perdana Menteri selepas menyaksikan Malaysia turun empat tangga dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2015 yang diumumkan Transparency International (TI), hari ini.

“Ia sudah dijangka dan tidak mengejutkan. Apa yang membimbangkan saya adalah kita ada inisiatif dan institut yang sepatutnya mengurangkan rasuah di Malaysia, tetapi nampaknya peranan mereka diabaikan di bawah pentadbiran Najib.

“Melihat kepada segala inisiatif yang dijanjikan Najib, seolah-olah rakyat yang membayar cukai telah ditipu dua kali. Kerajaan bukan sahaja gagal mengurangkan rasuah, tetapi telah menipu rakyat,” katanya ketika dihubungi FMT di sini, hari ini.

Katanya, banyak cadangan dan inisiatif yang dibentangkan di Parlimen ketika beliau masih menjadi ahli Parlimen tidak dilaksanakan.

Malaysia berada di kedudukan 54 dalam indeks terbaharu itu, turun empat kedudukan berbanding kedudukan 50 dalam indeks CPI 2014.

Yusmadi berkata, Malaysia ‘bernasib baik’ kerana indeks tersebut diumumkan selepas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali ‘membersihkan’ Perdana Menteri daripada kesalahan dalam kes ‘derma’ RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC International.

“Salah satu isu utama di sini adalah kuasa SPRM untuk mendakwa. Kita masih mempersoalkan tindakan Peguam Negara dan kuasa SPRM yang amat terhad,” katanya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...