TERKINI :

Tuesday, January 5, 2016

Chegubard: 'Menyalak' terpancul kerana panik

Aktivis Badrul Hisham Shaharin berkata, reaksi Datuk Seri Azmin Ali, antaranya menggunakan perkataan “menyalak” kepada beliau, menunjukkan menteri besar Selangor itu mungkin panik.

“Namun saya faham ini kerana Azmin mungkin panik sebab tak sangka kertas MMKN (mesyuarat exco) boleh bocor dan terbukti dia berbohong bila menyebut syarikat yang dapat kawasan balak seperti saya dedahkan melalui tender terbuka,” katanya.

Azmin hari ini meminta Badrul mengemukakan bukti jika benar memiliki surat tender rundingan terus dalam projek pembalakan negeri seperti didakwa.

Azmin juga menggesa Badrul atau dikenali sebagai Chegubard tidak "menyalak" kepada pihak media tetapi membawa surat tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam Badrul mendakwa kerajaan Selangor berbohong mengenai tender pembalakan di dua bidang tanah melibatkan projek jajaran talian elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Chubadak dan Mahkota Cheras di Kuala Lumpur.

Beliau mendakwa mempunyai surat berstatus rahsia yang membuktikan dua syarikat dianugerahkan kontrak membalak secara rundingan terus dan bukan tender terbuka.

Dalam kenyataan petang ini, Badrul, bekas pemimpin pusat PKR, juga berkata teguran dalam mengurus tadbir kerajaan adalah proses demokrasi yang sama-sama diperjuangkan.

“Adakah Azmin sudah meninggalkan asas itu?” soalnya sambil berkata akan menjawab “penghinaan dan cabaran” Azmin dalam sidang media tengah hari esok di Seremban.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...