TERKINI :

Wednesday, January 6, 2016

Chegubard akan dedah agen UMNO dalam PKR

PKR UMNO
PETALING JAYA: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mahu mendedahkan agen UMNO dalam PKR susulan pertikaman lidah dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Badrul Hisham atau Chegubard dalam kenyataannya di Facebook berkata, beliau akan mendedahkan pihak sebenar menjadi agen UMNO dalam PKR selepas berperang dengan Azmin mengenai isu pembaziran kerja naik taraf Gerbang Darul Ehsan.

“Azmin melatah sebab panik dia tak sangka mesyuarat EXCO “pecah”… sabar ya Min (Azmin)… masih panjang… seperti disebut pendedahan pembaziran gerbang hanya pintu pada banyak benda. Esok saya dedah ya… siapa sebenar agen UMNO… jangan emosi sangat ya..,” katanya yang merupakan ahli PKR seumur hidup.

Mengulas lanjut, Chegubard mendakwa Azmin semakin panik apabila tidak menyangka kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang didedahkan itu bocor.

Katanya, Azmin seharusnya tidak cepat melatah dan panik kerana itu hanya menyerlahkan sikap sebenarnya.

Chegubard berkata, beliau akan menjawab tuduhan dan cabaran Azmin dalam satu sidang media esok di Pusat Gerakan Rakyat (PaGeR) SAMM di Seremban, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, Azmin menasihatkan Chegubard supaya berhenti ‘menyalak’ dengan menggunakan media untuk menyebarkan fitnah.

Azmin dipetik berkata, Chegubard sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar mempunyai bukti ia tidak dibuat secara tender terbuka.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...