TERKINI :

Monday, January 18, 2016

Blog pro UMNO mohon ampun pada TMJ, JDT

 mkmu,tmj
PETALING JAYA: Selepas beberapa jam menyiarkan artikel bertajuk `JDT Bakal Disaman Nike’, akhirnya blog pro UMNO, MYKMU.NET membuat permohonan maaf kepada pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim (TMJ), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Menurut blog itu, artikel yang disiarkan bertujuan menyatakan kemungkinan berlaku konflik perundangan hak cipta berikutan ada elemen tertentu menyamai klip video lama Nike.

Bagaimanapun, mereka difahamkan artikel berkenaan telah disalah tafsir seolah-olah menuduh JDT menciplak klip video Nike hingga menimbulkan tanggapan bahawa JDT dan TMJ telah disaman oleh syarikat jenama pakaian sukan terkenal itu.

Di akhir permohonan maaf tersebut, pihak editorial MYKMU.NET berharap agar pasukan JDT terus berkembang dalam arena bola sepak negara dan antarabangsa.

“Sekali lagi pihak editorial MYKMU.NET merafak sembah memohon ampun kepada DYMM Tunku Mahkota Johor atas kontroversi ini,” tulis blog itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...