TERKINI :

Friday, January 15, 2016

Bekas pengawal Kem Kamunting 'pecah' tembelang Kit Siang

Kit Siang bukan anti-Melayu atau anti-Islam, kata bekas pengawal Kem Kamunting

IMG-20160113-WA0000

KUALA LUMPUR 13 JAN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bukanlah seorang anti-Melayu dan anti-Islam seperti dimomokkan UMNO BN dan PAS, kata bekas pengawal Pusat Kem Tahanan ISA Kamunting, Ridzuan Asit.

Malah, beliau berkata tokoh veteran DAP itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman atau anti mana-mana agama sepanjang ditahan di kem berkenaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Kit Siang seorang yang banyak membaca dan sentiasa bawa buku ke mana-mana. Beliau tak banyak berbual dan banyak berseorangan. Masa bersukannya pula dihabiskan dengan aktiviti ping pong dan badminton.

“Jika tak buat begitu (bersukan), beliau pasti membaca, tak kiralah buku ekonomi, biografi atau undang-undang,” katanya kepada Roketkini.

Ridzuan yang sebelum ini penyokong kuat UMNO tetapi kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui sikap Kit Siang yang tidak banyak bercakap mungkin didorong rasa tidak puas hati ditahan secara tidak adil.

“Beliau dan ahli politik pembangkang lain seperti Karpal Singh dan Lim Guan Eng juga pernah mengadakan protes seperti tidak datang perhimpunan hari Isnin.

“Malah Kit Siang pernah jadi ketua kumpulan mengadakan mogok lapar selama dua minggu sehingga ada yang pengsan pada 1988 – semuanya untuk membantah kezaliman terhadap mereka,” katanya.

Bagi Ridzuan, Kit Siang seorang tokoh pejuang rakyat yang berusaha keras untuk semua rakyat mengikut acuan Perlembagaan dan bukannya bersikap anti-Islam dan anti-Melayu seperti yang digembar-gemburkan media UMNO BN.

“Setahu saya, UMNO BN yang banyak keluarkan kenyataan menghina hudud seperti rakyat Kelantan akan makan ‘sup tangan’ jika hudud dilaksanakan, bukan orang DAP,” katanya.

Justeru, beliau hairan dengan penangkapan Kit Siang dan pemimpin pembangkang lain pada waktu itu kerana ucapan berbaur perkauman sebenatnya lebih banyak ditututkan pemimpin kerajaan dan bukannya pembangkang.

“Bagi saya, ISA merupakan undang-undang zalim kerana disalah guna untuk menahan ‘musuh’ politik pemimpin masa itu padahal ia patut digunakan untuk menahan komunis.

“Saya berhenti menjadi pengawal selepas tujuh tahun kerana tidak tahan dengan cara kerajaan UMNO BN melayan pihak lain dengan kejam, gunakan ISA untuk kepentingan sendiri,” katanya. -Roketkini.com

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...