TERKINI :

Thursday, January 14, 2016

Apabila Pengarah Strategi P/Raya DAP menegur pimpinan DAP yang 'bodoh' mengulas isu MELAYU

DAP perlu berhenti singgung perasaan orang Melayu

Ong Kian Ming
PETALING JAYA: Demi memulihkan imejnya dalam kalangan orang Melayu, DAP perlu berhenti membuat tindakan yang boleh menyinggung perasaan mereka.

Malah, Pengarah Strategi Pilihanraya DAP, Ong Kian Ming menambah, tindakan itu juga menyusahkan parti komponen Pakatan Harapan yang lain.

“Persepsi orang Melayu terutama golongan muda boleh diubah, dengan syarat DAP perlu berhenti membuat tindakan yang merugikan diri sendiri (shoot ourselves in the foot),” katanya dalam forum bertajuk ‘Mampukah parti pembangkang memenangi undi Melayu pada PRU 14′, di sini, malam tadi.

Beliau mengambil contoh Setiausaha Pemuda DAP Perak, Chong Zhe Min yang mengkritik kerajaan kerana menghalang kemasukan dua atlet warga Israel ke negara ini, bulan lalu.

“Kenyataan itu mengejutkan ramai pemimpin parti. Akhirnya kita perlu buat banyak kerja untuk pulihkan keadaan (internal containment). Ia juga menyusahkan rakan-rakan (Pakatan Harapan),” kata Ahli Parlimen Serdang itu lagi.

Beliau juga mengakui kecenderungan segelintir pemimpin menggunakan bahasa ibunda berbanding bahasa kebangsaan dalam berkomunikasi, sama ada dalam kenyataan atau ucapan, membuatkan orang Melayu kurang yakin bahawa DAP adalah parti untuk semua kaum.

Justeru, beliau berharap DAP memperbaiki perkara ini agar dapat menarik lebih banyak sokongan Melayu pada PRU akan datang.

Kajian Institut Darul Ehsan sebelum ini mendapati 72 peratus daripada 1,716 responden setuju bahawa DAP hanya memperjuangkan kaum Cina dan 64 peratus setuju parti itu anti-Melayu dan Islam.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...