TERKINI :

Sunday, January 10, 2016

Apabila MUHYIDDIN turun padang hari ini, maka anda saksikanlah....

Shahbudin Husin,

Semalam Muhyiddin Yassin meluangkan masa melawat pasar malam popular di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur untuk membeli beberapa juadah sambil beramah mesra dengan peniaga serta orangramai di situ.

Untuk tahun 2016 ini, Muhyiddin belum lagi bercakap soal politik dan kedudukannya kerana didakwa melakukan kesalahan berikutan ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru juga tidak diketahui lagi sama ada akan diambil tindakan disiplin oleh MT UMNO atau sebaliknya.

Jelas dapat dilihat, meskipun dipecat daripada jawatan kerajaan, popularitinya di hati rakyat sentiasa meningkat. Gambar-gambar ini menceritakan segala-galanya.
Malah gambar-gambar itu yang disiarkan di laman Facebook bekas Timbalan Perdana Menteri itu sehingga ini sudah mendapat lebih 28,500 "likes" dan komen-komen yang menyokongnya.

Mungkin ada baiknya, selain bercakap soal politik dan negara di waktu-waktu yang sesuai, Muhyiddin perlu lebih kerap turun padang ke tempat-tempat tumpuan ramai untuk beramah mesra dengan rakyat bagi memahami dengan lebih dekat lagi perasaan mereka.

Sambil itu, jika ada kesempatan luangkan masa juga untuk minum-minum dengan mereka dan jika ada pertanyaan mengenai Najib, 1MDB, derma RM2,600 juta dan sebagainya, ambillah peluang untuk menjelaskan mengenai kedudukan sebenarnya secara santai.

Tengoklah...jika lebih selalu bersama rakyat begitu, tentu selepas ini ada yang akan turun padang juga sama seperti yang dilakukan Muhyiddin itu. (SH 10/01/2016).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...