TERKINI :

Sunday, January 17, 2016

Amanah yakin tidak akan terkubur seperti Hamim, Berjasa

Salahuddin Ayub

PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) yakin perjuangan mereka tidak akan terkubur seperti yang berlaku keatas Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dan Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) sebaik sahaja keluar dari Pas.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada sambutan hebat yang diberikan oleh rakyat walaupun parti berkenaan baharu sahaja berusia empat bulan.

"Alhamdulillah, sekarang kita sedang memproses 100,000 borang keahlian Amanah di seluruh negara dan ini merupakan sesuatu yang positif buat kami semua.

"Setiap hari kita telah menjelajah ke seluruh negara dan boleh lihat sambutan yang diberikan rakyat peringkat akar umbi cukup kuat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu sebelum itu, Salahuddin menyampaikan ceramah umum dan isu-isu semasa di rumah Ir Ali Omar, Kampung Bendang Pauh, Chetok.

Ceramah itu turut dihadiri beberapa pimpinan parti seperti Penasihat Umum, Ahmad Awang dan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Menurutnya, sokongan kuat itu membuktikan Amanah tidak ketandusan ahli diperingkat akar umbi.

Salahuddin berkata, sambutan luar biasa diberikan oleh rakyat menangkis dakwaan Amanah akan terkubur seperti Hamim dan Berjasa satu ketika dahulu.

"Saya risau pada hari pertama Amanah ditubuhkan adakah orang akan sokong parti baharu ini.

"Alhamdulillah selepas empat bulan kita lihat ia semakin positif dan cukup membanggakan para pendokong Amanah," katanya.

Salahuddin berkata, keahlian Amanah kini sudah menjangkau sehingga ke Sabah dan Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata, pihaknya akan mendaftarkan 148 kawasan parlimen di seluruh negara dalam usaha memperkasakan lagi Amanah.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...