TERKINI :

Saturday, January 16, 2016

AMANAH - Menangani ekstremis : Dua wajah pemerintah dibidas

isis
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin Shah dalam satu kenyataan malam ini menyeru pentadbiran Datuk Seri Najib Razak supaya menangani ekstremisme yang marak di negara ini.

Beliau menegaskan pemerintah perlu bertanggungjawab di atas penularan pemikiran pelampau, yang menurutnya tercetus daripada permainan politik yang merbahaya.

“Saya serta rakan-rakan pimpinan dalam AMANAH telah berkali-kali mengingatkan kerajaan agar tindakan tegas diambil terhadap corak pemikiran dan ideologi sesetengah pihak di Malaysia yang mirip IS.

Menekankan lagi hujahnya, Raja Bahrin melakar dua wajah pemerintah yang berbeza, seperti memperkenalkan undang-undang seperti Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), tetapi membenarkan Himpunan Baju Merah berlaku, dan membenarkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bergerak bebas.

Bahkan, beliau mendakwa sesetengah tokoh-tokoh agama terus bebas melancarkan kempen kepada pengikutnya untuk “menghapuskan pengkhianat”, malah ada yang sehingga ke tahap “menghalalkan darah pengkhianat”.

“Pada hakikatnya, semua ini hanyalah sandiwara pemimpin untuk mengekalkan kuasa mereka.

“Ini kerana mereka sedar bahawa jika masyarakat pelbagai kaum di Malaysia hari ini dapat bersatu-padu, kerajaan rasis berasaskan perkauman seperti UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi tidak relevan lagi,” tegas Raja Bahrin.

Bagi AMANAH, sudah tiba masanya untuk Malaysia menghentikan ekstremisme agama dan perkauman, tambah beliau.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...