TERKINI :

Sunday, January 10, 2016

Amanah Melaka : Kenapa Kuliah Azhar Idrus Tak Boleh, Program Ratu Cantik boleh..!!


Keputusan pelik kerajaan negeri Melaka.

Amat menduka citakan umat Islam amnya negeri Melaka apabila kerajaan negeri Melaka menghalang kuliah ustaz Azhar dan vape tetapi dalam masa yang sama menghalalkan ratu cantik tourism yang sudah tentunya hukumya haram bagi orang Islam untuk menghadiri dan sewenang- wenangnya di luluskan.

AMANAH Melaka ingin penjelasan secara terperinci akan tindakan kerajaan negeri yang kami rasakan satu tindakan yang tidak adil dan memalukan Islam.

1. Di manakah rujukan agama dan exco agama atas dua perkara di atas sedangkan bersama-sama menghadiri dalam program kemaksiatan adalah haram.

2. Kenapa kuliah agama contoh salah satunya ustaz Azhar Idrus di larang untuk memasuki masjid tetapi kegiatan maksiat dan hiburan di benarkan.

3. Apakah bentuk atau syarat-syarat pertandingan ratu cantik tourism ini di benarkan di negeri ini agar rakyat amnya umat Islam memahami akan kelulusan tersebut.

4. Adakah jabatan mufti di rujuk dari segi syarat-syarat dan jika ada di mana rujukan tersebut.

AMANAH Melaka mahu jawapan ini di berikan kepada rakyat Melaka supaya kita mengatahui bagaimana keputusan kerajaan negeri Melaka meluluskan agar persepsi negatif tidak berlaku kepada negeri kami. 

Sekiranya Dato Idris Haron tidak keberatan boleh menjemput kami mendengar taklimat dari semua pihak terutamanya dari mufti Negeri Melaka dalam menangani isu-isu seperti di atas.

Jauhar Muhammad Dawi
Timbalan pengerusi AMANAH Melaka.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...