TERKINI :

Saturday, January 16, 2016

Amanah - ‘Kenaikan kos hidup celikkan minda Melayu menjelang PRU 14’

 'Kenaikan kos hidup celikkan minda Melayu menjelang PRU 14'
Ketua Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) berkata tiada yang lebih besar mengganggu kehidupan kaum Melayu hari ini selain siri kenaikan harga barangan dan caj perkhidmatan di bawah pentadbiran Najib Razak.

Katanya, isu tersebut sekiranya dimainkan secara bijaksana boleh menukar persepsi Melayu terhadap Umno yang selama ini didewa-dewakan sebagai pembela kaum tersebut.

“Kita (Pakatan Harapan) perlu celikkan minda Melayu terhadap isu harga barang naik dan kos sara hidup yang asyik meningkat, itu saja. Tak usah rumitkan minda Melayu dengan isu 1MDB dan isu lain yang berkaitan sebab mereka tak minat,” kata beliau kepada Suara pakatan daily, menjawab soalan bagaimanakah Amanah ingin meningkatkan sokongan Melayu terhadap parti itu menjelang Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagi Khalid, masyarakat Melayu kurang berminat perihal isu ekonomi negara tetapi mereka menekankan isu perbelanjaan harian dan untuk golongan yang bergaji rendah, tumpuan mereka ialah bagaimana hendak menampung kos sara hidup.

Justeru itu, isu kewangan negara dan pengurusan serta pentadbiran ekonomi kurang sesuai digunakan sebagai topik untuk menarik minat bangsa Melayu terhadap perjuangan PH.

Beliau berpendapat Pakatan harus lantang dalam isu-isu seperti kenaikan kadar tol, harga barang runcit, kenaikan bil elektrik dan tambang pengangkutan awam untuk menarik minat Melayu.

“Buat masa ini kerjasama Pakatan belum cukup mantap lagi tetapi kita sedang memperbaiki kelemahan tersebut. Diharap rakyat akan memberi peluang kepada Pakatan dalam PRU14 nanti kerana kita ada idea yang baik dan bernas yang tidak membebankan untuk menurunkan kos sara hidup.

“Idea yang kita tawarkan akan menguntungkan saku rakyat serta membolehkan rakyat menabung dengan lebih untuk masa depan mereka,” kata Khalid.

Tambah Khalid, beliau sering bertemu dengan rakyat marhaen yang merungut mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6% kini menjerut leher dan kalau kadar tersebut dinaikkan ke 7% maka ‘habislah golongan yang miskin dan yang bergaji rendah.’

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...