TERKINI :

Wednesday, January 6, 2016

AMANAH dakwa dapat 10 kerusi PBT, berterima kasih kepada MB


Parti Amanah Negara (AMANAH) mendapat 10 kerusi dalam majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor.

Walaupun kerusi yang diterima kurang daripada jumlah permintaan asal iaitu 34, namun bagi Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Abbas Azmi berkata mereka tetap berterima kasih dengan kerjasama yang diberikan oleh kerajaan negeri.

"Daripada 34 (yang diminta), kami dapat 10 dan Pemuda dapat dua kuota. Dari segi kuota itu kami terima kasih kepada kerajaan negeri kerana bagi ruang pada AMANAH.

"Bagi Pemuda kami akan fokus gerak kerja di PBT," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagi seorang ADUN AMANAH, Saari Sungib, kesediaan kerajaan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali yang memberi ruang kepada parti itu terlibat dalam PBT akan digunakan sebaik mungkin bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kita berterima kasih kepada kerajaan negeri dan menteri besar kerana kerjasama ini. Walaupun tak dapat seperti yang dminta tapi kita berterima kasih dan bersemangat untuk menyumbang dan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kita dah menyertai majlis perbandaran ini sudah memadai dan akan buat yang terbaik. Ahli majlis kena buat kerja keras," kata Saari.

Sementara itu, Pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim dalam kenyataan medianya berkata, pihaknya akan memastikan bekerjasama dengan kerajaan negeri akan terus dilakukan bagi memastikan ia terus diterajui oleh parti yang sedia ada.

"AMANAH Selangor akan teruskan rundingan dengan pimpinan kerajaan Pakatan Harapan bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah tepat dan bersesuaian bagi memastikan Pakatan Harapan terus kukuh di Selangor.

"Sokongan dan komitmen kami terhadap Pakatan Harapan adalah tetap utuh dan kukuh," kata parti itu dalam kenyataan medianya hari ini.

Sebanyak 286 kerusi ahli majlis PBT di Selangor dan ia akan diumumkan pada 16 Januari ini.

Lima kerusi sah milik AMANAH, antaranya ialah Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...