TERKINI :

Sunday, January 17, 2016

Akhirnya HADI mengaku bahawa bab nak 'berkawan' dengan UMNO itu hak PAS

Hadi: Berkawan Umno hak PAS


PAS sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa parti itu berhak menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Umno.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama dengan Umno adalah lebih tertumpu kepada usaha untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Katanya, jalinan kerjasama itu itu bukan atas kepentingan politik.

Memetik kenyataan Hadi, Utusan Malaysia melaporkan tidak salah sekiranya PAS mengambil pendirian untuk bekerjasama dengan parti lawannya asalkan pihak terbabit bersedia menerima pandangan "bersama-sama membangunkan Islam".

Hadi turut menjelaskan bahawa sebelum ini beliau sendiri pernah diberi tanggungjawab mengetuai misi damai bagi mewakili umat Islam negara ini.

“Pada waktu itu, kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra telah mengarahkan kedutaan kita di sana (Yaman) membantu saya secara diplomatik untuk menjadi pendamai dalam konflik tersebut.

“Dengan urusan diplomatik itu, saya telah berjumpa dengan para pemimpin puak-puak yang bertelagah yang akhirnya berjaya mencari jalan perdamaian.

"Maknanya pada masa itu kita (PAS) telah jalin kerjasama dengan kerajaan khususnya Umno” Hadi dilaporkan sebagai berkata.

Semalam, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) sewaktu ditemui menyatakan mana-mana pihak yang menjalinkan kerjasama dengan UMNO/BN adalah musuh kepada parti itu.

AMANAH juga berikrar untuk terus menganggap UMNO sebagai musuh.

"Kita musuh dengan BN dan siapa sahaja yang berkawan dengan BN," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...