TERKINI :

Tuesday, January 19, 2016

Ahmad Maslan, rakyat berhak marah dengan tuan

Oleh T K Chua

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/AHMAD_MASLAN_160815_TMINAZIRSUFARI_02.jpg 
Menteri Ahmad Maslan, tahukah mengapa rakyat marah dengan tuan? Jawapannya mudah. Tuan mewakili kerajaan yang nampaknya tidak dapat menguruskan ekonomi negara dengan baik. Bukan itu sahaja, tuan juga suka menggosok garam ke dalam luka - sentiasa memberi alasan dan membuat kenyataan yang tidak masuk akal.

Tuan meminta rakyat menyalahkan peniaga (kerana kenaikan harga mendadak) adalah contoh terkini yang tidak bernas.

Apa ini, perlukah kami boikot semua peniaga ataupun tunjuk perasaan di depan kedai dan pasar raya mereka?

Biar saya tanya tuan begini: apabila kerajaan tidak dapat menguruskan atau tidak dapat mengawal perlaksanaan GST dengan betul, pihak mana yang sepatutnya dipersalahkan?

Apabila peniaga mengambil kesempatan untuk menikmati keuntungan yang tinggi, yang mana sepatutnya dipersalahkan?

Apabila ringgit menyusut nilai mendadak menyebabkan kenaikan harga import dan kos sara hidup, siapa sepatutnya dipersalahkan?

Apabila peniaga gagal membatalkan cukai jualan semasa mengenakan GST, siapa yang bersalah?

Bukankah tanggungiawab Kastam Diraja dan unit GSTnya yang sepatutnya melaksanakan GST dengan lancar and tersusun?

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan pegawai-pegawai penguatkuasanya jika peniaga menjual barangan terlalu mahal?

Kelmarin, saya ternampak satu kilogram ikan kembong berharga RM18.00. Bolehkah tuan percaya?

Mudah untuk tuan menyalahkan peniaga apabila kos sara hidup meningkat.

Akan tetapi, pernahkah tuan berfikir tentang fenomena inflasi yang tinggi, kekurangan, rantaian bekalan yang tidak cekap dan ketidaksempurnaan pasaran.

Bukankah semua ini fungsi kerajaan? Untuk makluman, peniaga tidak ada peranan atau pengaruh dalam bekalan wang, nilai ringgit, pasaran yang tak cekap serta penyalahgunaan lain dalam sistem.

Sebagai seorang timbalan menteri yang mempunyai PNGK tinggi, tuan sepatutnya melihat kos sara hidup rakyat selain daripada di peringkat runcit.

Untuk makluman, sebahagian besar keperluan negara adalah bergantung kepada import.

Kelemahan berterusan nilai ringgit sudah pasti akan menjejaskan keupayaan Malaysia untuk mengimport barangan seterusnya dengan harga yang sama.

Pernahkah tuan terfikir tentang perkara ini - yang lebih teruk mungkin belum tiba lagi sekiranya nilai ringgit merosot lagi?

Saya berpendapat sudah tiba masanya untuk menghentikan “blame game”.

Sudah sampai masanya untuk Malaysia mencari penyelesaian lengkap terhadap masalah yang dihadapi. Jangan lagi tunggu lama-lama.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...